Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Seperti semua sedia maklum, pada 28 Mei 2014 (rabu) lalu, seluruh rakyat negeri Perak, malah seluruh negara berduka cita atas kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah, Sultan Perak yang ke-34.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Sekratariat Mahasiswa Perak Universiti Teknologi Malaysia dengan kadar segera merancang sebuah Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil bagi menghormati kemangkatan Baginda. Majlis ini dijalankan dengan penuh hiba dan mendapat kerjasama daripada Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia dan juga Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia.

Aktiviti ini dijalankan dengan penuh sederhana selepas waktu maghrib sehingga masuknya waktu solat isya'. Setelah selesai menjalankan solat fardhu isya' para keraimaian diberikan sedikit jamuan sebagai santapan. Alhamdulillah dalam masa singkat majlis ini berjaya dilangsungkan dengan sempurna dan juga dengan sambutan kehadiran muslimim dan muslimat yang sangat menggalakkan. Merafak Sembah Takziah buat Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah dan Marafak Sembah setinggi-tinggi tahniah semperna pertabalan sultan ke-35 iaitu DYMM Sultan Dr Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Berikut di selitkan beberapa gambar Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil yang telah dijalankan pada 29 Mei 2014 (Khamis) yang lalu.

















Kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah, Sultan Perak

Dengan rasa hibanya seluruh rakyat Perak berduka atas kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah, Sultan Perak pada 28 haribulan Mei 2014 pada jam 1.38petang.

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Sekretariat Mahasiswa Perak UTM dengan kerjasama Masjid Sultan Ismail UTM dengan rendah hati mengadakan majlis bacaan tahlil bagi menghormati kemangkatan Baginda pada masa, tarikh dan tempat yang tertera.

Semua muslimin dan muslimat dijemput untuk menghadirkan diri.

Al-Fatihah


Desaru Trip

Pada 25 Mei 2014 (Ahad) yang lalu, JawatanKuasa Sekretariat Mahasiswa Perak UTM telah menjalankan aktiviti "barbeque" di Desaru yang terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari Universiti Teknologi Malaysia. Aktiviti ini adalah antara jawatankuasa baru namun jawatankuasa lama juga turut diundang.

Perjalanan ini disertai oleh 11 orang menaiki tiga buah kereta dan satu buah motosikal. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara jawatankuasa SEMARAK UTM sendiri dan dalam masa sama sebagai tinjauan untuk lokasi program SEMARAK UTM akan datang iaitu Santai Semarak. Seperti yang ramai sedia maklum, SEMARAK sesi lepas mengadakan aktiviti boling untuk program Santai Semarak manakala pada tahun ini, kami daripada Jawatankuasa baru berhasrat untuk menjadikannya lebih santai dan seronok dengan menukarkannya kepada aktiviti barbeque di Desaru dan mungkin akan diselitkan pelbagai aktiviti menarik.

Santai SEMARAK ini masih dalam perancangan dan nantikan hebahannya di kumpulan Facebokk SEMARAK dari semasa ke semasa. Link Group Facebook SEMARAK UTM . Dan berikut pula adalah beberapa gambar keadaan di Desaru dan juga gambar "Desaru Trip" baru-baru ini.

 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design