Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 2014







Dewan Senat, Bangunan Canseleri UTM (7/3/2014) - Mesyuarat Agung Tahunan SEMARAK UTM Kali Ke-3 telah diadakan pada 7 Disember 2014 jam 2.45 petang di Dewan Senat aras 2 Bangunan Canseleri. Mesyuarat ini mesti diadakan setiap tahun bagi memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh lebih kurang 30 orang termasuk penasihat SEMARAK UTM sendiri iaitu Encik Ismaal Samat dan SEMARAK mengucapkan terima kasih kepada semua  yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Mesyuarat ini juga bertujuan untuk menggantikan pucuk kepimpinan sesi 2013/2014. Pendaftaran bermula pada 2.30 petang. Pada pukul 2.45,majlis bermula. Pengacara majlis ialah saudara Syazwan Nazri.

Majlis diteruskan dengan lagu Negaraku dan negeri Perak, bacaan doa oleh saudara Faaizie Darmawan dan kata-kata aluan oleh Ahmad Haziq Azlan sebagai wakil barisan SEMARAK UTM 2013/2014. Kemudian, Encik Ismaal iaitu penasihat SEMARAK memberikan ucapan amanatnya. Majlis diteruskan dengan pembentangan laporan tahunan, minit mesyuarat lepas dan laporan kewangan dan pembubaran jawatankuasa SEMARAK dilakukan.


Tayangan montaj berlangsung dan seterusnya majlis menjemput saudara Ahmad Haziq Azlan selaku pengerusi sementara untuk melakukan sesi undian dan pelantikan jawatankuasa baru sesi 2014/2015. Majlis mengumumkan bahawa saudara Abdul Malik Shaari sebagai YDP baru SEMARAK dan mengetuai beberapa anggota baru.


Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan. Kami dari jawatankuasa sesi 2013/2014 mengucapkan tahniah atas pelantikan dan semoga  dapat meneruskan legasi kepimpinan yang terdahulu. Amanah  dan tanggungjawab berada dibahu anda!



 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design