Akan Datang : Silverstate Gathering 2014

Assalamualaikum, salam Perak Amanjaya dan salam UTM sanjungan bangsa. Di sini kami dari jawatankuasa tertinggi Sekretriat Mahasiswa Perak UTM dengan rendah diri ingin memaklumkan bahawasanya tidak lama lagi kami akan menganjurkan makan malam yang menghimpunkan seberapa ramai mungkin mahasiswa dan mahasiswi dari Perak.

Program ini bukanlah yang pertama kali dilakukan malah ianya adalah program tahunan SEMARAK UTM yang julung kali dianjurkan bertujuan menghimpun semua mahasiswa/i Perak UTM di bawah satu bumbung untuk makan malam berprestij bersama-sama. Makan malam ini juga bertujuan memperkenalkan barisan jawatankuasa sekretariat kepada mahasiswa/i yang belum mengenali jawatankuasa persatuan ini terutamanya pelajar tahun satu yang baru memasuki utm sesi september 2014. Selain itu diharapkan agar peserta lebih mengenali sekretariat ini dengan tayangan program-program lepasan SEMARAK UTM serta cadangan program yang akan mendatang.

Alhamdulillah makan malam yang grand dan berpreestij ini kembali lagi tahun ini, namun segala maklumat terperinci mengenai program ini akan dikemaskini dari masa ke masa melalui blog, facebook, twtr serta risalah yang kami akan edarkan. Diharapkan semua mahasiswa/i Perak UTM tidak sabar untuk menyertai dan terus update dengan kami untuk maklumat seterusnya. Sebarang pertanyaan boleh di
ajukan kepada nombor yang tertera.

Sekian, terima kasih.
 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design