UTM Aspirasiku 2015

Assalamualaikum
Salam Sejahtera,
Salam Perak Aman Jaya, dan
Salam UTM Sanjungan Bangsa.


Berakhir sudah program pertama Seketariat Mahasiswa Perak (SEMARAK UTM) bagi sesi 2015/2016 iaitu UTM Aspirasiku 2015 (UTMA 2015) yang telah berlangsung pada 30 dan 31 Mei 2015 selama 2 hari 1 malam di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 41 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dalam penganjuran UTMA kali ini .

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan UTM kepada para peserta, menyalurkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan UTM, memberitahu kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi oleh mereka sekiranya menyambung pelajaran di sini dan meningkatkan motivasi mereka untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program UTMA 2015 ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk melihat, menggunakan serta merasai sendiri pengalaman berada dalam sebuah universiti yang mempunyai prasarana pembelajaran bertaraf antarabangsa, penginapan yang selesa, serta infrastruktur lain yang berkonsepkan eko. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi latihan dalam kumpulan, lawatan ke Tasik Ilmu, Pusat Ekuin, Balai Cerap, Fakulti-fakulti Cluster, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah dan Pusat Inovasi UTM.

Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh En. Ismaal Bin Samat selaku Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Censeleri merangkap Penasihat SEMARAK UTM pada 31 Mei 2015 bertempat di Dewan Banquet UTM. Jutaan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara rasmi mahupun tidak rasmi dalam penganjuran program ini. Tahniah juga diucapkan kepada para AJK dan fasilitator UTMA 2015 yang diketuai oleh Norhamizah Hamid selaku pengarah program. Diharap penganjuran UTMA kali kedua ini mampu menjadi batu loncatan kepada SEMARAK UTM untuk melaksanakan program ini lagi pada masa akan datang.




Aktiviti sepanjang program UTMA 2015 boleh ditontonkan melalui video di bawah ini.


TRENDING: Senior Kapten Juruterbang Air Asia X Noor Hafizah anak Kelahiran Perak

Assalamualaikum, salam Perak Amanjaya dan salam jumaat penghulu segala hari. Dalam kesibukan rakyat Malaysia meraikan kemenangan Malaysia yang layak ke pusingan akhir piala AFF suzuki semalam setelah menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4, rakyat Malaysia masih terngiang-ngiang lagi dengan isu yang timbul dalam beberapa hari yang lepas. 
Isunya adalah berkaitan dengan pilot berpangkat senior kapten yang bertudung molek yang berkhidmat untuk Air Asia X. Atas sebab perkara ini jarang berlaku di Malaysia, bukan sahaja kerana insan ini adalah wanita, tetapi dia juga bertunang dan mempunyai rupa yang manis telah berjaya menggegarkan Malaysia dengan berita kerjayanya sebagai seorang pilot atau juruterbang.


Berikut adalah serba sedikit gambar beliau beserta biodata ringkannya. Siapa sangka wanita yang menggegarkan Malaysia baru-baru ini kelahiran Taiping, Perak. Admin tumpang berbangga di atas kejayaan anak-anak Perak sekarang. Ternyata anak perak bukan saja mampu berjaya dalam bidang yang dicita-citakan malah juga mampu mengharumkan dan mengangumkan orang lain. SEMARAK turun berbangga atas kejayaan Noor Hafizah!
.

Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot AirAsia WanitaNama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus
Nama Samaran: Fizzy Idrus
Umur: 30 Tahun (2014)
Tarikh Lahir: 21 September 1984
Asal: Taiping Perak
Instagram: http://instagram.com/fizzyidrus
Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur
Pendidikan: Sek Keb Taiping,  Sek Keb Tun Razak, Kolej Tunku Kursiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Akademi Penerbangan Malaysia Batu Berendam Melaka.
Bidang: Ijazah Multimedia (UKM)
Bermula Kareer Juruterbang: Berhenti belajar di UKM dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.
Jawatan Terkini: Senior First Officer (Kapten) AirAsia X
Sumber: Biodata Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot Wanita AirAsia












Rencana asal milik melvister.com 

UTM Anjur Persidangan Kebangsaan Royal Belum 2014

UTM Anjur Persidangan Kebangsaan Royal Belum 2014



Posted by idiGERIK 9 Disember : Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan beberapa agensi kerajaan, swasta dan NGO buat julung kalinya telah mengadakan Persidangan Kebangsaan Royal Belum 2014. Persidangan dua hari yang diadakan di Banding Lakeside Inn, Gerik telah dirasmikan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar.Persidangan ini menjadi platform menemukan tokoh-tokoh terkemuka di bidang perhutanan, para saintis, penyelidik, ahli akademik, pembuat dasar dan ramai lagi untuk membincangkan isu-isu dan langkah-langkah pemeliharaan ekosistem hutan tropika serta hal-hal yang berkaitan..UTM amat prihatin terhadap usaha ke arah memastikan alam semulajadi tetap terpelihara. Prinsip pembangunan mampan perlu diamalkan di mana pembangunan dan alam sekitar dibangun secara seimbang untuk mencapai kualiti hidup yang menyeluruh.Royal Belum merupakan sebuah hutan dara yang tertua di dunia dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung. Kehadiran kepelbagaian spesis tumbuhan dan haiwan mamalia yang besar di sini seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Royal Belum sebuah hutan simpan yang amat istimewa, unik dan penting.Selari dengan ini, UTM dengan kerjasama beberapa universiti tempatan dan agensi-agensi utama telah mengambil inisiatif dalam menjalankan penyelidikan berimpak tinggi di kawasan Royal Belum. Kepakaran yang ada oleh penyelidik-penyelidik ini amatlah diperlukan terutamanya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepelbagaian biodiversiti. Di samping itu dapat mengenalpasti isu-isu dan masalah dalam meningkatkan tahap pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat Orang Asli di kawasan Royal Belum.Prof. Datuk Wahid berharap persidangan ini akan menjadi pencetus kepada usaha UTM dalam mempromosikan bidang penyelidikan secara multi disiplin di mana antara matlamat utama adalah bagi meningkatkan usaha pemeliharaan kawasan Royal Belum. Persidangan ini secara tidak langsung akan dapat mempromosikan kawasan Royal Belum sebagai salah satu destinasi percutian yang sangat menarik bukan sahaja kepada pelancong dalam tetapi juga luar negara. Ini secara tidak langsung akan dapat memberikan kesan yang positif terhadap ekonomi masyarakat setempat khususnya di negeri Perak. 




Original post from http://www.news.utm.my/2014/12/utm-anjur-persidangan-kebangsaan-royal-belum-2014/

Bagi semarak khususnya, berbangga dengan adanya program sebegini yang bermanfaat kepada anak negeri Perak khususnya, walaupun lokasi Perak adalah jauh dari UTM namun ia tidak mengahalang UTM untuk mengadakan prpgram sebergini..Berbangga mempunyai Naib Canselor yang juga merupakan anak jati Perak ini.

Assalammualaikum. Silver state gathering pada 21 Novermber 2014 di Dewan Banquet UTM

assalammualaikum. Silver state gathering yang telah berlangsung pada  21 Novermber 2014 di Dewan Banquet UTM , Makan malam ini telah di hadiri oleh alumni2 semarak, MPM anak perak dan pelajar pelajar utm yang berasal di negeri perak. Jamuan makan malam  ini di rasmikan oleh Dr Airil Bin Yasreen , Pensyarah kanan Falkulti kejuteraan Awam. Dr sangat berbersar hati kerana dapat merasmikan program SILVER STATE GATHERING 2014 kerana saat2 terakhir berada di UTM kerana terpaksa berpindah mengajar di  UTP.  








 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design