Artikel Surat Khabar Mengenai UTM Aspirasiku







Program UTM Aspirasiku 2014 -Sinar Harian Edisi Perak 22 Februari 2014- Bahagian 1



Program UTM Aspirasiku 2014- Sinar Harian Edisi Perak 22 Februari 2014- Bahagian 2



Program UTM Aspirasiku 2014- Berita Harian Edisi 20 Mac 2014

Jawatankuasa Induk Baru Sekretriat Mahasiswa Perak UTM

Assalamualaikum dan salam Perak Aman Jaya buat semua. Baru-baru ini perjumpaan jawatankuasa tertinggi Sekretriat Mahasiswa Perak (SEMARAK) UTM yang baru iaitu sesi 2014 telah dijalankan bersama penasihat SEMARAK UTM, En Ismaal Bin Samat di Pusat Latihan UTM atau lebih dikenali sebagai PULAU.






       Pada perjumpaan tersebut pelbagai perkara penting telah diperbincangkan seperti
-Sesi suai kenal buat julung kalinya
-Halatuju persatuan
-Program mendatang Semarak UTM
-Program kerjasasama dengan Semarak UMT
-Status kewangan Semarak UTM

      Berikut pula adalah carta organisasi bagi JawatanKuasa Tertinggi Seketriat Mahasiswa Perak Universiti Teknologi Malaysia sesi 2014

Yang Dipertua
Abdul Malik Bin Shaari~2SKMM 
Timbalan Yang Dipertuan I
Nurul Amirah Binti Amir Hamzah~3SKAW 
Timbalan Yang Dipertuan II
Mohamad Faezal Bin Norizan~2SKAW 
Setiausaha
Nurfadiyah Binti Ah Adnan~2SHAR 
Timbalan Setiausaha
Siti Iffa Hazirah Binti Mohd Nashri~1SMBE
Bendahari
Nurul Syafiqah Binti Suhaili~3SHAF 
Timbalan Bendahari
Roslinda Binti Abdul Shukur~2SQBI 
Biro Perhubungan
Ketua
Wong Ting Phang~1SKMM
Penolong
Mohamad Shafawi Bin Mohd Samin~1SKMM 
Biro Multimedia
Ketua
Shahmin Bin Nordin~1SHAR
Penolong
Muhammad Salleh Bin Shafiee~2SKEE 
Biro Kerohanian
Ketua
Syafiq Bin Sabri~1SKMM
Penolong
Nurul Farhana Binti Zainal Abidin~1SSCE 
Biro Sukan dan Kebudayaan
Ketua
Mohamad Nor Hakim Bin Mat Sot~1SKMM
Penolong
Muhammad Rafiuddin Bin Muhammad Ruslan
~2SKAW 

Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 2014







Dewan Senat, Bangunan Canseleri UTM (7/3/2014) - Mesyuarat Agung Tahunan SEMARAK UTM Kali Ke-3 telah diadakan pada 7 Disember 2014 jam 2.45 petang di Dewan Senat aras 2 Bangunan Canseleri. Mesyuarat ini mesti diadakan setiap tahun bagi memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh lebih kurang 30 orang termasuk penasihat SEMARAK UTM sendiri iaitu Encik Ismaal Samat dan SEMARAK mengucapkan terima kasih kepada semua  yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Mesyuarat ini juga bertujuan untuk menggantikan pucuk kepimpinan sesi 2013/2014. Pendaftaran bermula pada 2.30 petang. Pada pukul 2.45,majlis bermula. Pengacara majlis ialah saudara Syazwan Nazri.

Majlis diteruskan dengan lagu Negaraku dan negeri Perak, bacaan doa oleh saudara Faaizie Darmawan dan kata-kata aluan oleh Ahmad Haziq Azlan sebagai wakil barisan SEMARAK UTM 2013/2014. Kemudian, Encik Ismaal iaitu penasihat SEMARAK memberikan ucapan amanatnya. Majlis diteruskan dengan pembentangan laporan tahunan, minit mesyuarat lepas dan laporan kewangan dan pembubaran jawatankuasa SEMARAK dilakukan.


Tayangan montaj berlangsung dan seterusnya majlis menjemput saudara Ahmad Haziq Azlan selaku pengerusi sementara untuk melakukan sesi undian dan pelantikan jawatankuasa baru sesi 2014/2015. Majlis mengumumkan bahawa saudara Abdul Malik Shaari sebagai YDP baru SEMARAK dan mengetuai beberapa anggota baru.


Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan. Kami dari jawatankuasa sesi 2013/2014 mengucapkan tahniah atas pelantikan dan semoga  dapat meneruskan legasi kepimpinan yang terdahulu. Amanah  dan tanggungjawab berada dibahu anda!



 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design