Kem Induksi Jawatankuasa Baru SEMARAK UTM 2014

Baru-baru ini, pada 24-26 April 2014 Kem Induksi bagi jawatankuasa Sekretriat Mahasiswa Perak 2014 telah dilangsungkan di Outdoor Recreation, Ayer Keroh, Melaka. Program ini melibatkan lebih kurang 12 orang peserta dan fasi. Fasilitator terdiri daripada lima orang iaitu Ahmad Haziq Azlan Bin Mohamad Tambeh yang juga merupakan pengarah program, Mohamed Izzat Shameen Bin Che Zahari, Siti Hazwani Binti Ridzuan, Shukriah Afini Binti Haji Muhd dan jugak saudara Mohd Faaize. Di samping itu, kehadiran istimewa alumni yang banyak berjasa kepada Semarak dari segi penubuhannya iaitu saudara Mohamad Amar Bin Masuri, penasihat SEMARAK UTM iaitu Encik Ismaal Bin Samat dan juga kedatangan Anak Perak UTeM turut memeriahkan lagi program.

Program ini diselitkan dengan pelbagai aktiviti antaranya
-ice breaking
-talk pengenalan SEMARAK
-10 ribu langkah riadah pagi
-talk kemahiran pengurusan
-Slot Prosedur HEMA
-Slot MPMP
-Outdoor game bersama Anak Perak UTeM (paintball, kayak)
-Talk Leadership Communication
-Slot Pengendalian Mesyuarat
-Riadah Keliling Taman Botanikal Melaka
-Slot Latihan Dalam Kumpulan
-Slot Resolusi
-dan pelbagai lagi...
















 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design