UTM Aspirasiku 2015

Assalamualaikum
Salam Sejahtera,
Salam Perak Aman Jaya, dan
Salam UTM Sanjungan Bangsa.


Berakhir sudah program pertama Seketariat Mahasiswa Perak (SEMARAK UTM) bagi sesi 2015/2016 iaitu UTM Aspirasiku 2015 (UTMA 2015) yang telah berlangsung pada 30 dan 31 Mei 2015 selama 2 hari 1 malam di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 41 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dalam penganjuran UTMA kali ini .

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan UTM kepada para peserta, menyalurkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan UTM, memberitahu kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi oleh mereka sekiranya menyambung pelajaran di sini dan meningkatkan motivasi mereka untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program UTMA 2015 ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk melihat, menggunakan serta merasai sendiri pengalaman berada dalam sebuah universiti yang mempunyai prasarana pembelajaran bertaraf antarabangsa, penginapan yang selesa, serta infrastruktur lain yang berkonsepkan eko. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi latihan dalam kumpulan, lawatan ke Tasik Ilmu, Pusat Ekuin, Balai Cerap, Fakulti-fakulti Cluster, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah dan Pusat Inovasi UTM.

Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh En. Ismaal Bin Samat selaku Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Censeleri merangkap Penasihat SEMARAK UTM pada 31 Mei 2015 bertempat di Dewan Banquet UTM. Jutaan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara rasmi mahupun tidak rasmi dalam penganjuran program ini. Tahniah juga diucapkan kepada para AJK dan fasilitator UTMA 2015 yang diketuai oleh Norhamizah Hamid selaku pengarah program. Diharap penganjuran UTMA kali kedua ini mampu menjadi batu loncatan kepada SEMARAK UTM untuk melaksanakan program ini lagi pada masa akan datang.




Aktiviti sepanjang program UTMA 2015 boleh ditontonkan melalui video di bawah ini.


 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design