UTM ASPIRASIKU 2014

8 Februari 2014, berakhir sudah program yang terbesar bagi Seketariat Mahasiswa Perak (SEMARAK UTM). UTM Aspirasiku telah berlangsung selama 4 hari 3 malam di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 30 orang pelajar dari 4 buah sekolah menengah Daerah Hulu Perak telah dipilih. Program ini berlangsung pada 5 hingga 8 Februari 2014. Program dirasmikan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Ir. Dr. Wahid Omar pada 8 Februari 2014.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan UTM kepada para peserta, menyalurkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan UTM, memberitahu kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi oleh mereka sekiranya menyambung pelajaran di sini, memberikan motivasi, memperkenalkan beberapa teknik bagi meningkatkan keupayaan kendiri dan pembelajaran para peserta, serta membantu para peserta untuk memilih kerjaya pada masa hadapan berdasarkan kelebihan diri masing-masing.

Berpusat di Pusat Latihan UTM Johor Bahru, aktiviti yang dijalankan sepanjang program UTM Aspirasiku ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk melihat, menggunakan serta merasai sendiri pengalaman berada dalam sebuah universiti yang mempunyai prasarana pembelajaran bertaraf antarabangsa, penginapan yang selesa, serta kemudahan rekreasi di sebuah kampus yang berkonsepkan eko. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi latihan dalam kumpulan, eco-race, halaqah isu semasa, Teknik Perbincangan dan Mencapai Resolusi Menerusi Peta Minda, Teknik Pengaktifkan Otak Kanan, Teknik Pengurusan Masa dan Kepimpinan, Teknik Merancang Kerjaya, Ujian SDS Kerjaya, lawatan ke fakulti-fakulti, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Stadium, Pusat Inovasi UTM dan para peserta juga dibawa melawat ke pusat bandar Johor Bahru, Nusajaya, Puteri Harbour, Legoland serta Johor Premium Outlet.. 

Program yang mendapat penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Perak (BAIDURI), Yayasan Perak, Majlis Agama Islam Perak, Galeri Ilmu, dan Ar-Rayyan, telah mendapat dokongan dan sokongan yang kuat daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak dan Persatuan Guru Kaunseling Daerah Hulu Perak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penaja. 

Selain itu, program ini mendapat sokongan dan bantuan daripada mahasiswa dari Terengganu, Selangor, Kelantan, dan Johor. Usaha membimbing para peserta tidak terhenti di UTM sahaja, usaha ini akan diteruskan melalui kaedah mentor-mentee. Para fasi akan berterusan memberikan bimbingan dan sokongan kepada para peserta menerusi platform media sosial Facebook. Oleh itu, kita akan dapat memastikan kumpulan pelajar ini akan terus mendapat bimbingan hingga suatu hari nanti mereka mendaftar sebagai salah seorang mahasiswa UTM.  
Riadah di Tasik Ilmu UTM

Majlis Perasmian Oleh Naib Canselor UTM, Prof. Ir. Dr. Wahid Omar

Lawatan ke Perpustakaan Sultanah Zanariah, PSZ UTM 

Pencalonan AJK Tertinggi SEMARAKUTM sesi baru 2014/2015



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SEMARAK UTM akan mengadakan sesi undian dan perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi menggantikan badan induk organisasi sesi 2013/2014 pada tahun hadapan (dijangka bulan Mac). Oleh itu, segala diminta kerjasama mahasiswa/i anak Perak bagi mengisi maklumat-maklumat peribadi calon yang bersedia mengisi AJK SEMARAK sesi baru. Calon terlibat namanya hendaklah hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diberitahu kelak. Oleh itu, semua mahasiswa/i dijemput hadir bagi memberi sokongan terhadap calon-calon nanti.

Sila masukkan maklumat calon dalam borang ini :




UTM ASPIRASIKU




Akan berlangsung pada 5-8 Feb 2014.
Dianjurkan oleh SEMARAK UTM dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Hulu Perak dgn Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak.

TUJUAN PROGRAM
1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di kampus.
2. Memperkenalkan course2 yang ada di UTM.
3. Memberi panduan kpd pelajar dlm menentukan hala tuju selepas SPM.
4. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar.
5. Mewujudkan kerjasama antara ahli persatuan dan para peserta.

Semoga program ini berjalan dgn lancar. Amin.

Teaser Silverstate Gathering



Silverstate Gathering
17 Mac 2013
9.00pg-2.00ptg
Dewan Banquet, UTM
 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design