Pada 25 Mei 2014 (Ahad) yang lalu, JawatanKuasa Sekretariat Mahasiswa Perak UTM telah menjalankan aktiviti "barbeque" di Desaru yang terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari Universiti Teknologi Malaysia. Aktiviti ini adalah antara jawatankuasa baru namun jawatankuasa lama juga turut diundang.
Perjalanan ini disertai oleh 11 orang menaiki tiga buah kereta dan satu buah motosikal. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara jawatankuasa SEMARAK UTM sendiri dan dalam masa sama sebagai tinjauan untuk lokasi program SEMARAK UTM akan datang iaitu Santai Semarak. Seperti yang ramai sedia maklum, SEMARAK sesi lepas mengadakan aktiviti boling untuk program Santai Semarak manakala pada tahun ini, kami daripada Jawatankuasa baru berhasrat untuk menjadikannya lebih santai dan seronok dengan menukarkannya kepada aktiviti barbeque di Desaru dan mungkin akan diselitkan pelbagai aktiviti menarik.
Santai SEMARAK ini masih dalam perancangan dan nantikan hebahannya di kumpulan Facebokk SEMARAK dari semasa ke semasa. Link Group Facebook SEMARAK UTM . Dan berikut pula adalah beberapa gambar keadaan di Desaru dan juga gambar "Desaru Trip" baru-baru ini.
Kem Induksi Jawatankuasa Baru SEMARAK UTM 2014
Posted by
Unknown
/
Comments: (0)
Baru-baru ini, pada 24-26 April 2014 Kem Induksi bagi jawatankuasa Sekretriat Mahasiswa Perak 2014 telah dilangsungkan di Outdoor Recreation, Ayer Keroh, Melaka. Program ini melibatkan lebih kurang 12 orang peserta dan fasi. Fasilitator terdiri daripada lima orang iaitu Ahmad Haziq Azlan Bin Mohamad Tambeh yang juga merupakan pengarah program, Mohamed Izzat Shameen Bin Che Zahari, Siti Hazwani Binti Ridzuan, Shukriah Afini Binti Haji Muhd dan jugak saudara Mohd Faaize. Di samping itu, kehadiran istimewa alumni yang banyak berjasa kepada Semarak dari segi penubuhannya iaitu saudara Mohamad Amar Bin Masuri, penasihat SEMARAK UTM iaitu Encik Ismaal Bin Samat dan juga kedatangan Anak Perak UTeM turut memeriahkan lagi program.Program ini diselitkan dengan pelbagai aktiviti antaranya
-ice breaking
-talk pengenalan SEMARAK
-10 ribu langkah riadah pagi
-talk kemahiran pengurusan
-Slot Prosedur HEMA
-Slot MPMP
-Outdoor game bersama Anak Perak UTeM (paintball, kayak)
-Talk Leadership Communication
-Slot Pengendalian Mesyuarat
-Riadah Keliling Taman Botanikal Melaka
-Slot Latihan Dalam Kumpulan
-Slot Resolusi
-dan pelbagai lagi...
Artikel Surat Khabar Mengenai UTM Aspirasiku
Posted by
Unknown
/
Comments: (0)
Program UTM Aspirasiku 2014 -Sinar Harian Edisi Perak 22 Februari 2014- Bahagian 1
Program UTM Aspirasiku 2014- Sinar Harian Edisi Perak 22 Februari 2014- Bahagian 2
Program UTM Aspirasiku 2014- Berita Harian Edisi 20 Mac 2014
Jawatankuasa Induk Baru Sekretriat Mahasiswa Perak UTM
Posted by
Unknown
/
Comments: (0)
Assalamualaikum dan salam Perak Aman Jaya buat semua. Baru-baru ini perjumpaan jawatankuasa tertinggi Sekretriat Mahasiswa Perak (SEMARAK) UTM yang baru iaitu sesi 2014 telah dijalankan bersama penasihat SEMARAK UTM, En Ismaal Bin Samat di Pusat Latihan UTM atau lebih dikenali sebagai PULAU.

Pada perjumpaan tersebut pelbagai perkara penting telah diperbincangkan seperti
-Sesi suai kenal buat julung kalinya
-Halatuju persatuan
-Program mendatang Semarak UTM
-Program kerjasasama dengan Semarak UMT
-Status kewangan Semarak UTM
Berikut pula adalah carta organisasi bagi JawatanKuasa Tertinggi Seketriat Mahasiswa Perak Universiti Teknologi Malaysia sesi 2014
Yang Dipertua
Abdul Malik Bin Shaari~2SKMM
Timbalan Yang Dipertuan I
Nurul Amirah Binti Amir Hamzah~3SKAW
Timbalan Yang Dipertuan II
Mohamad Faezal Bin Norizan~2SKAW
Setiausaha
Nurfadiyah Binti Ah Adnan~2SHAR
Timbalan Setiausaha
Siti Iffa Hazirah Binti Mohd Nashri~1SMBE
Bendahari
Nurul Syafiqah Binti Suhaili~3SHAF
Timbalan Bendahari
Roslinda Binti Abdul Shukur~2SQBI
Biro Perhubungan
Ketua
Wong Ting Phang~1SKMM
Penolong
Mohamad Shafawi Bin Mohd Samin~1SKMM
Biro Multimedia
Ketua
Shahmin Bin Nordin~1SHAR
Penolong
Muhammad Salleh Bin Shafiee~2SKEE
Biro Kerohanian
Ketua
Syafiq Bin Sabri~1SKMM
Penolong
Nurul Farhana Binti Zainal Abidin~1SSCE
Biro Sukan dan Kebudayaan
Ketua
Mohamad Nor Hakim Bin Mat Sot~1SKMM
Penolong
Muhammad Rafiuddin Bin Muhammad Ruslan
~2SKAW














